mutakhir

Negeri Sembilan kedua tertinggi

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

NEGERI Sembilan mencatatkan tempat kedua tertinggi penyertaan aplikasi Volunteer Smartphone (VSP) sejak ia dilancarkan di negeri ini pada 14 April lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lebih 4,200 pengguna berdaftar dan berkongsi maklumat berkaitan jenayah.

Katanya, ia tidak terhenti setakat itu apabila pengguna memanfaatkan VSP dan memaklumkan ketiadaan mereka untuk pulang ke kampung berhari raya.

"Sejak minggu lalu, penduduk di negeri ini menggunakan VSP dan memaklumkan mereka pulang ke kampung. Berdasarkan itu, kita (polis) membuat rondaan dan tiada kes pecah masuk kediaman berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, malam ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dan Timbalannya, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Muhamad Zaki selepas itu bertakbir raya bersama 150 anggota sebelum menyerahkan sumbangan kuih raya kepada anggota polis bertugas.

 

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 11:08pm
d