mutakhir

Harapan hubungan kekal utuh

Dungun: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima sumbangan #HMKotakRezeki2017 sebagai menghargai kerjasama yang terjalin antara IPD Dungun dan Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pihaknya berterima kasih dengan sumbangan Harian Metro untuk warga kerja IPD Dungun.

“Terima kasih Harian Metro dan rakan penaja. Saya mewakili warga IPD Dungun berharap Harian Metro terus menjadi akhbar pilihan ramai.

“Ia ibarat penghargaan Harian Metro terhadap tugas kami dan saya berharap hubungan yang terjalin antara dua pihak kekal utuh,” katanya selepas Majlis Penyerahan #KotakRezeki2017 di IPD Dungun, di sini.

Pada majlis itu, 30 Kotak Rezeki diserahkan kepada Ahmad Zailani.

Sumbangan untuk program #HMKotakRezeki2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Bank dan Affin Islamic Bank selaku penaja utama selain Pasaraya Giant, Watson Malaysia, Lifebuoy, Richwell, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd dan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd manakala Pos Laju sebagai rakan kurier.

Disiarkan pada: June 25, 2017 @ 6:11am
d