mutakhir

Sultan Johor solat sunat Aidilfitri bersama rakyat

Oleh Mohd Sabran Md Sani

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 1,000 umat Islam di Masjid Pasir Pelangi di sini, pagi ini.

Baginda tiba pada jam 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Turut menyambut ketibaan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan exco.

Solat Sunat Aidilfitri diimamkan Imam Besar Negeri, Hanif Naim.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang pada jam 9 pagi.

Disiarkan pada: June 25, 2017 @ 11:12am
d