mutakhir

Tong gas meletup di pagi Syawal

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

 

SUAMI isteri warga emas melecur apabila tong gas memasak di rumah mereka di Taman Kobena, Senawang, meletup hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Senawang, Rudy Hartono Mohd Yassin berkata, dalam kejadian 7 pagi, mangsa masing-masing berusia 72 dan 80 tahun sedang memasak bagi menyediakan juadah Aidilfitri.

Katanya, tiba-tiba tong gas di dapur meletup menyebabkan wanita 72 tahun itu melecur di muka, tangan serta kaki.

"Sementara itu, suaminya pula cedera di kaki dan kedua-duanya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan lanjut," katanya.

Rudy Hartono berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan  oleh anak mangsa pada 1.35 tengahari bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

"Siasatan dilakukan mendapati punca kejadian disebabkan saluran gas bocor sebelum ia meletup," katanya.

 

Disiarkan pada: June 25, 2017 @ 7:10pm
d