mutakhir

Dugaan Syawal kedua

Oleh Mohd Hilmie Hussin

SERAMAI 103 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Bukit Tambun dan Bukit Balai di Alor Gajah dilanda banjir kilat, tengah malam tadi.

Difahamkan, hujan lebat bermula 12 tengah malam menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri dua kampung itu.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan berkata, 10 keluarga ditempatkan di Balairaya Bukit Tambun.

"Sehingga 8 pagi tadi, 70 mangsa ditempatkan di PPS ini dan jumlah itu meningkat pada 9.20 pagi tadi.

"Sementara di Balairaya Bukit Balai pula, seramai 33 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan, ini belum termasuk mangsa yang berpindah ke rumah ahli keluarga masing-masing," katanya.

Disiarkan pada: June 26, 2017 @ 10:42am
d