mutakhir

12 motosikal, 2 kereta musnah

Oleh Omar Osman

DUA belas motosikal dan dua kereta hangus dalam kebakaran membabitkan empat rumah teres di Taman Ria, Sungai Petani, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan 12.58 tengah malam sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan Tikam Batu dikejarkan ke lokasi.

"Api berjaya dikawal pada 1.23 pagi dengan 14 kenderaan membabitkan dua kereta dan 12 motosikal hangus terbakar, bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 11:13am
d