mutakhir

18 mangsa banjir dibenarkan pulang

Oleh Salman Hamat

PUSAT pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah, ditutup 12 tengah hari ini dengan semua 18 mangsa dari tiga keluarga dibenarkan pulang.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka (JPBN), Leftenan Kolonal (PA) Effendy Ali berkata, setakat 1 tengah hari, 154 mangsa dari 33 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di Alor Gajah dan Jasin.

"Setakat ini, dua PPS masih beroperasi di Alor Gajah iaitu Balai Raya Bukit Balai dengan 40 mangsa dari enam keluarga manakala di Balai Raya Kampung Pulau pula 18 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan.

"Di Jasin pula seramai 96 mangsa dari 19 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel," katanya.

Beliau berkata, JPBN masih memantau perkembangan terkini paras sungai sebelum membenarkan mangsa pulang walaupun hujan sudah berhenti dan cuaca cerah hari ini.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 2:09pm
d