mutakhir

Ajal ke tempat kerja

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dalam kemalangan di KM6.8 Jambatan Pulau Pinang pagi tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, Ahmad Shafiq Saupian, 30, yang berasal dari Rawang, Selangor menunggang motosikal seorang diri dari arah Perai menuju ke tempat kerjanya di Hotel Eastin di Bayan Lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan dipercayai digilis oleh beberapa kereta.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan punca kematian akibat kecederaan teruk pada bahagian badan, "katanya.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 4:13pm
d