mutakhir

Maut kemalangan motosikal

Oleh Safuri Kamarudin

PEMUDA maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Baling-Weng berhampiran Kampung Bukit Puyuh, Baling, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Muhammad Amin Abdul Wahab, 23, dari Kampung Banggol Derum maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke pekan Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof, berkata, bagaimanapun polis sedang menyiasat kes berkenaan kerana hanya menemui motosikal mangsa di lokasi kejadian dan belum mengetahui bagaimana dia terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 4:16pm
d