mutakhir

Harga RON95, RON97, diesel turun

Oleh Mazizul Dani

HARGA runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun 2 sen seliter manakala diesel turun 4 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 2 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM1.89 seliter berbanding RM1.91 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.15 berbanding RM2.17 sebelum ini.

Harga baru diesel pula turun 4 sen menjadikan harga jualannya RM1.84 seliter berbanding RM1.88.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 29 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017.

Disiarkan pada: June 28, 2017 @ 6:52pm
d