mutakhir

PPIM lancar kempen banteras along

Oleh Yusmizal Dolah Aling

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen banteras ceti haram dalam usaha menghentikan kegiatan itu yang dilihat semakin melampau termasuk mengurung dan menculik peminjam.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, ia susulan beberapa kes pada bulan Ramadan lalu yang menunjukkan sikap 'besar kepala' ceti haram yang menakut-nakutkan peminjam.

Justeru katanya, PPIM mengambil tindakan proaktif dengan melancarkan kempen banteras along termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menurunkan iklan ceti haram khususnya di Lembah Klang.

"Mereka (along) benar-benar mencabar pihak berkuasa sehinggakan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang walaupun ada peminjam yang membayar mengikut jadual.

"Setiap tahun kita beri peringatan seperti ini kerana mereka semakin menjadi-jadi terutama pada musim perayaan. Inilah masanya kita bertindak," katanya.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 12:07pm
d