mutakhir

Empat lagi ditahan

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

POLIS menahan empat lagi lelaki menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan lapan individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja hotel di Blok J Flat Padang Tembak, Air Itam, Georgetown, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, empat suspek itu ditahan di Kuala Lipis, Pahang pada 7.45 malam tadi dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

Beliau berkata, suspek berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis hasil maklumat yang diterima.

Katanya, suspek akan dibawa balik ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut sebelum ke mahkamah untuk perintah reman esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, M Sathiwill, 20, ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat di bilik di rumah sewanya.

Mangsa dipercayai dipukul beberapa lelaki sebelum mayatnya ditinggalkan dengan dibalut kain cadar.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 2:51pm
d