mutakhir

Hilang sejak kelmarin

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

REMAJA perempuan berusia 15 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis dilaporkan hilang sejak kelmarin, selepas keluar berhari raya dipercayai mengikut rakan.

Rabiatul Syarafana Abdul Razak keluar pada 1 tengah hari untuk beraya di rumah guru di Kampung Titi Tinggi Hilir.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Ghazani Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat oleh ibu remaja itu, Mariah Man, 47, di Balai Polis Kaki Bukit, semalam.

"Ibunya menyatakan sehingga 8 malam, anak perempuannya masih tidak pulang menyebabkan dia risau.

"Berikutan gagal mengesan anaknya, pengadu dan suaminya, Abdul Razak Jaffar Aji, 55, tampil membuat laporan polis.

“Setakat ini polis masih menyiasat kes terbabit dan kes dikategorikan sebagai orang hilang," katanya dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 3:55pm
d