mutakhir

Putus tangan kanan

Oleh Harun Yahya

LELAKI berusia 30 tahun putus tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bawang, Sibu, 10.23 pagi hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmad Afzainizam Mathie.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan balik ke Sibu selepas meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Daro, Mukah.

“Kemalangan berlaku dekat Jambatan Lebaan. Sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan APM yang tiba di lokasi mendapati mangsa putus tangan kanan dari paras bahu, selain turut patah kaki kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pasukan paramedik dan APM memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sibu.

“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 4:29pm
d