mutakhir

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mula sesak

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

KEADAAN trafik di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke ibu kota mula sibuk berikutan pertambahan bilangan kenderaan bermula tengah hari ini.

Jurucakap ANIH Berhad iaitu syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu berkata, trafik mula perlahan bermula sebelum plaza tol Bentong dan bersambung sehingga ke plaza tol Gombak hala barat.

Katanya, peningkatan kenderaan itu berlaku berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas menghabiskan cuti sempena Aidilfitri.

"Kesesakan ini berlaku secara berperingkat, tengah hari tadi ada sedikit kesesakan kerana terdapat sebuah lori tangki rosak di Kilometer (KM) 49.1 dan laluan kontra di KM51 diaktifkan bagi mengurangkan kesesakan.

"Bagaimanapun keadaan trafik kembali lancar selepas kenderaan berat itu dialihkan kira-kira 3 petang tadi dan laluan kontra berkenaan sudah ditutup," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, pihaknya menjangkakan trafik kembali padat selepas Asar memandangkan pengguna dari Kelantan mula memasuki lebuh raya.

Justeru, pihaknya menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta arahan petugas lebuh raya bagi memastikan perjalanan mereka lancar.

"Pengguna juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch n Go mereka mencukupi bagi mengelakkan berlaku kesulitan," katanya.

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 5:20pm
d