mutakhir

Dah kurang sesak

Oleh Helmy Abd Rahman

JUMLAH kenderaan yang memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Kuala Terengganu berkurangan menjelang malam ini berbanding tengah hari tadi.

Malah tinjauan Harian Metro di Plaza Tol Kuala Terengganu di Gemuruh pada 6.45 petang hingga 7.30 malam tadi mendapati, hanya sekitar 50 kenderaan memasuki lebuh raya berkenaan.

Keadaan ini jauh berbeza berbanding tengah hari tadi apabila ribuan kenderaan membanjiri plaza tol berkenaan untuk memasuki LPT 2 berikutan sebilangan besar pengguna pulang semula ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri.

Pengguna yang hanya ingin dikenali Hasnol berkata, dia lebih selesa memulakan perjalanan pada waktu menjelang malam bagi mengelakkan kesesakan selain cuaca lebih selesa.

"Mungkin kebanyakan orang suka memulakan perjalanan pada waktu siang supaya dapat sampai ke destinasi lebih awal sekali gus membolehkan mereka berehat dengan cukup tetapi bagi saya perjalanan malam mengurangkan tekanan," katanya.

Foto Rozainah Zakaria dan Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Disiarkan pada: June 30, 2017 @ 10:13pm
d