mutakhir

Empat rumah hangus

Oleh Mohd Hasbi Sidek

EMPAT rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 21, Shah Alam, hangus dalam kebakaran kira-kira jam 8 pagi, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 8.03 pagi berhubung kejadian itu.

"Seramai 27 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas dan Kota Anggerik bersama empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sudah marak dan 70 peratus daripada empat rumah berkenaan terbakar," katanya.

Katanya, pihaknya memadamkan kebakaran itu menggunakan lima pancutan pam jentera bomba.

"Kami berjaya mengawal kebakaran berkenaan kira-kira 45 minit kemudian.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu," katanya.

Disiarkan pada: July 1, 2017 @ 12:55pm
d