mutakhir

69 PATI ditahan di Sabah

Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

SERAMAI 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Mega Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri ini bersempena Program E-Kad, dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga jam 2 petang hari ini

Semua PATI berusia lingkungan 16 hingga 65 tahun warga Filipina dan Indonesia ditahan kerana didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan disyaki menetap secara haram di negeri ini.

Antara lokasi yang diserbu adalah membabitkan premis perniagaan, kilang, kawasan pembinaan dan restoran meliputi beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Keningau, Tenom, Sipitang, Kudat, Ranau dan Semporna.

Operasi membabitkan pemeriksaan terhadap seramai 462 individu dan turut menyaksikan penahanan seramai empat orang majikan tempatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan 39(B) di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963 untuk PATI yang ditahan manakala Seksyen 55(e) Akta Imigresen 1959/1963 bagi majikan yang ditahan.

Disiarkan pada: July 1, 2017 @ 4:02pm
d