mutakhir

Ceroboh 'sauk' ikan kita

Oleh Helmy Abd Rahman

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan bot nelayan Vietnam kira-kira 35 batu nautika dari Pulau Tioman, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) APMM, Kapten Maritim V Pannir Selvan Veloo berkata, pemeriksaan mendapati bot membawa seorang tekong dan 13 awak-awak dipercayai warga Vietnam berusia antara 20 hingga 48 tahun, tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara ini.

"Selain itu, bot terbabit tiada kebenaran untuk bersauh dan memasuki perairan Malaysia.

"Pemeriksaan juga mendapati bot terbabit adalah kapal induk yang sedang menunggu mengambil hasil tangkapan daripada bot lain,” katanya pada sidang media di Chukai, hari ini.

Menurutnya, mereka dibawa ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959.

Disiarkan pada: July 2, 2017 @ 6:56pm
d