mutakhir

Panggilan kecemasan kejutkan rakan setugas

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Nilai terkejut apabila menerima panggilan kecemasan daripada rakan setugasnya yang cedera terbabit kemalangan di Nilai, berhampiran sebuah stesen minyak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Pegawai Bomba Abd Rahman Mohd Zin bersama isteri menaiki kereta Honda City dalam perjalanan dari Nilai ke Serdang, Selangor terbabas dan merempuh Toyota Avanza.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan rakannya itu yang meminta bantuan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) selepas terbabit kemalangan.

"Sebuah jentera dengan kekuatan tiga anggota segera ke lokasi dan tiba jam 12.30 tengah hari.

"Abdul Rahman dan isteri cedera di kepala dan mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu Toyota Avanza bagaimanapun tidak cedera.

Disiarkan pada: July 3, 2017 @ 4:37pm
d