mutakhir

Langgar burung 

Oleh Norizuan Shamsuddin

 

norizuan@hmetro.com.my

PENERBANGAN AirAsia X dari Gold Coast, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa ke Brisbane apabila mengalami masalah enjin selepas disyaki melanggar burung sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Gold Cost, hari ini.

Difahamkan pesawat D7 207 terbabit berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 10.20 malam waktu tempatan dengan membawa 345 penumpang.

Bagaimanapun, pesawat terbabit terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, jam 11.33 malam (waktu tempatan).

Susulan itu, pemeriksaan mendapati dua bangkai burung ditemui di landasan berkenaan dipercayai dilanggar pesawat terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X,Benyamin Ismail dalam satu kenyataan media memaklumkan semua penumpang dilaporkan selamat selepas pesawat terbabit mendarat.

Katanya, pihaknya mengikut peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan penumpang.

"Kami memuji juruterbang dan anak kapal yang bertindak secara profesional selepas mengesan masalah pada pesawat D7 207 serta berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Brisbane.

"AirAsia X akan mengaturkan penerbangan khas kepada penumpang terbabit untuk ke Kuala Lumpur dengan kadar segera," katanya.

 

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 2:33am
d