mutakhir

Jumpa mayat di Sungai Klang

Oleh Mohd Hasbi Sidek

MAYAT lelaki ditemui di Sungai Klang dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur kira-kira 6 pagi, hari ini.

Jurucakap bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat itu pada 7 pagi.

"Sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami menemui mayat lelaki terapung di sungai berkenaan sebelum mangsa dibawa naik," katanya.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 1:30pm
d