mutakhir

Dua teknologi dalam satu peranti

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

ASUS Malaysia hari ini melancarkan model terbaru telefon pintarnya, Zenfone AR yang menggabungkan teknologi AR dan VR dalam satu peranti.

Zenfone AR adalah peranti AR dan VR pertama di dunia yang menggunakan sokongan Tango dan Daydream oleh Google untuk memberikan pengalaman yang lebih mengagumkan kepada penggunanya.

Pengurus Negaranya, Leo Tseng berkata, ia juga adalah peranti pintar pertama dunia yang hadir dengan 8GB RAM bersama storan sehingga 128GB.

Menariknya, kamera Zenfone AR terbabit direka dengan sistem TriCam 23MP yang berfungsi untuk mengesan gerakan, melaksanakan pembelajaran kawasan dan lain-lain bagi memberi lebih kuasa kepada pengguna terutama daripada aspek hiasan dalaman rumah.

Dengan saiz skrin 5.7 inci, Zenfone terbaru berkenaan turut berupaya menyampaikan pengalaman bermain permainan seperti berada di dunia realiti yang lebih menakjubkan serta tanpa batasan.

Dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon 821, Zenfone AR boleh mula didapatkan di pengedar sah tempatan bermula 28 Jun ini pada harga RM3,799.

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 7:07pm
d