mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 4 sen seliter manakala diesel naik 7 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 4 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM1.93 seliter berbanding RM1.89 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.19 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini.

Harga baru diesel juga naik 7 sen menjadikan harga jualannya RM1.91 seliter berbanding RM1.84 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 6 Julai 2017 hingga 12 Julai 2017.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 6:20pm
d