mutakhir

Apa yang penting, kerjasama...

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengambil inisiatif membantu mengalihkan beberapa kayu balak yang menghalang laluan lebuh raya itu selepas berlaku kemalangan membabitkan lori balak di Kilometer 228.1 dari arah Kuantan menghala ke Gambang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu lori yang membawa muatan kayu balak dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di tengah lebuh raya.

"Operasi menyelamat mangsa yang tersepit sedang dijalankan. Kerja-kerja mengalihkan kayu balak yang menghalang laluan lebuh raya turut dilakukan orang ramai dan petugas lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, pengendali LPT ANIH Berhad turut menyediakan laluan kontra kepada pengguna lebuh raya untuk memberikan kelancaran trafik.

Katanya, buat masa ini hanya satu lorong yang boleh dilalui kenderaan iaitu lorong sebelah kanan lebuh raya itu.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 6:31pm
d