mutakhir

Jawatankuasa khas perkasa subjek STEM

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, jawatankuasa khas untuk melaksanakan pelan pembangunan STEM secara inklusif dan holistik itu membabitkan penyertaan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 5:20am
d