mutakhir

Saksi kes culik dicari

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

POLIS Terengganu meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang lelaki yang dikehendaki menjadi saksi perbicaraan kes culik dan melarikan orang serta memperdaya bagi tujuan persundalan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 17 Julai ini.

Mohd Murad Muda, 31, atau dikenali sebagai Mamat dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan salah serta Seksyen 372 (1)(b) KK kerana menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman berkata, pihaknya gagal mengesan lelaki terbabit berdasarkan alamat terakhirnya di Kampung Sungai Rengas, di sini.

“€œKita berharap lelaki terbabit segera tampil bagi menjadi saksi untuk perbicaraan kes pada 17 Julai ini.

“€œAhli keluarga atau mana-mana individu yang mengenali lelaki terbabit diharapkan boleh membantu menyalurkan maklumat kepada polis.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Aizat Ashari di talian 013-337 8084 bagi membantu siasatan," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 3:23pm
d