mutakhir

Sebiru Galaxy S8, S8+

Oleh Ridhatul Rizki

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan Coral Blue sebagai warna terbaru bagi telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ disamping tiga warna sedia ada iaitu Midnight Black, Orchid Grey dan Maple Gold.

Menurut Samsung dalam satu kenyataan, warna biru ternyata menjadi warna kegemaran orang ramai di seluruh dunia.

Berdasarkan kajian yang yang dilakukan satu komuniti dalam talian, YouGov, di 10 buah negara seluruh dunia mendapati warna biru adalah warna kegemaran majoriti penduduk di seluruh dunia.

Malah warna biru juga sering dikaitkan dengan intelektual dan kesempurnaan.

Bagi keluaran terbaru ini, Samsung masih mengekalkan reka bentuk dan kualiti yang menjadi identiti Samsung Galaxy S8 dan S8+ iaitu paparan tanpa bazel yang digelar Infinty Display.

Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapixel dengan bukaan f1.7 manakala kamera hadapan 8 megapixel bagi menawarkan rakaman gambar yang lebih jelas.

Samsung Galaxy S8 Coral Blue boleh didapati bermula 7 Julai ini pada harga RM3,299, manakala Galaxy S8+ Coral Blue berharga RM3,699.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 4:09pm
d