mutakhir

Gagal beri invois bercukai kepada pelanggan

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

PEMILIK pasar mini berusia 40-an ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas gagal memberi invois bercukai kepada pelanggan sejak dua tahun lalu di Relau, Georgetown, hari ini.

Operasi pada 3 petang itu membabitkan sepasukan pegawai penguatkuasa KDRM hasil aduan awam yang diterima sebelum pemeriksaan dan serbuan dilakukan ke atas pasar mini berkenaan.

Jurucakap JKDM berkata, semasa pemeriksaan dilakukan didapati peniaga berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Siasatan mendapati peniaga berkenaan gagal mengeluarkan invois bercukai kepada pelanggan selain tidak pernah mengikrar penyata GST sejak berdaftar 1 April 2015.

"Hasil siasatan mendapati tiga kesalahan dikesan dan peniaga ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 6:27pm
d