mutakhir

800 terima hadiah BSN

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Seramai 800 pemenang bagi Kempen Riuhkan Raya Bank Simpanan Nasional (BSN) 2017 menerima pelbagai hadiah menarik termasuk baucar membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin.

Pemenang juga menikmati tambah nilai kad Touch ‘n Go dan hiasan rumah di SSF Home Deco termasuk isian petrol di Stesen Minyak Petronas.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, semua pemenang itu adalah daripada kategori satu iaitu peraduan produk pembiayaan kewangan dan kategori dua, peraduan seloka di sosial media di Facebook BSN Malaysia.

“Kami juga mengakhiri kempen ini dengan menaja kepulangan pelajar terpilih yang menuntut di luar negara dan ini adalah sebahagian daripada kejutan BSN kepada pelanggan.

“Pada tahun akan datang, kami merancang kempen Ramadan dan Hari Raya yang lebih bermakna serta dapat memberikan sinar kebahagian kepada seluruh rakyat negara,” katanya.

Kempen Riuhkan Raya BSN ini adalah kesinambungan daripada kempen Ramadan dan Hari Raya pada tahun-tahun lalu iaitu kempen #BSNkataYangPentingIkhlas.

Pada tahun sebelumnya, BSN menggalakkan orang ramai memberi dan membantu golongan yang memerlukan bantuan dengan ikhlas, manakala menerusi kempen #BSN40Kebaikan, BSN menceriakan kanak-kanak di wad pediatrik di hospital-hospital yang terpilih seluruh negara.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 4:55am
d