mutakhir

Enam terselamat kondominium terbakar

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

ENAM termasuk dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran satu unit kondominium di Jalan Persiaran Gurney, Georgetown, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu kesemua mangsa berada di dalam unit kondominium di tingkat lapan bangunan itu.

Komander Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan II, Hashim Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Bagan Jermal bergegas ke lokasi kebakaran untuk melakukan pemadaman.

"Siasatan mendapati kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus rumah berkenaan dan terdapat enam mangsa termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan api berjaya dikawal pada jam 5.05 pagi dan padam sepenuhnya pada 5.39 pagi," katanya.

Disiarkan pada: July 8, 2017 @ 11:27am
d