mutakhir

20 pelacur warga asing dicekup

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SERAMAI 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga di enam buah premis ditahan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju, semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan serentak pada jam 9.30 malam semalam melalui Ops Noda di kedai kecantikan dan pusat refleksologi, yang menawarkan perkhidmatan seks oleh wanita warga asing.

Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah, berkata pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China, berusia 20 hingga 38 tahun, yang bekerja sebagai tukang urut.

"Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. "Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi Wechat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: July 8, 2017 @ 12:41pm
d