mutakhir

Peluang cerah skuad sepak takraw

Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Malaysia berpeluang cerah mempertahankan emas antara regu bagi sepak takraw Sukan SEA apabila musuh tradisi Thailand sah tidak mengambil bahagian.

Selain Malaysia, hanya Brunei, Kemboja, Filipina dan Laos mengesahkan penyertaan dalam acara tradisi sepak takraw itu pada majlis undian acara berpasukan Sukan SEA sebentar tadi.

Pada edisi 2015 Malaysia menerusi Farhan Adam, Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar, Mohd Hanafiah Dolah, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menamatkan kemarau 10 tahununtuk meraih emas.

Bagaimanapun Thailand mengesahkan penyertaan untuk mempertahankan emas dalam acara berpasukan regubersama-sama Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Malah acara chinlone (linking) yang diramalkan menyumbang emas pertama kontinjen negara semakin menjadi kenyataan apabila hanya tiga negara mengambil bahagian.

Malaysia hanya akan ditentang Brunei dan Filipinapada saingan yang dijadualkan pada 16 Ogos nanti.

Disiarkan pada: July 8, 2017 @ 1:22pm
d