mutakhir

Dikhuatiri sesat di Gunung Yong Belar

Oleh Rosliza Mohamed

SEORANG lelaki dikhuatiri sesat selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing, Gua Musang, semalam.

Doktor gigi berusia 29 tahun itu dikatakan hilang selepas terpisah dengan 30 rakan pendakian lain, kira-kira 4.30 petang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kumpulan berkenaan mula mendaki gunung pada 7.30 pagi.

“Kehilangan mangsa yang berasal dari Melaka disedari pemandu arah berusia 24 tahun yang kemudian membuat laporan.

"Mangsa didapati terpisah dan tidak bersama ahli kumpulannya ketika mereka berkumpul di kem Tudung Periuk," katanya ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Pangkat kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pagi ini.

Hasanuddin berkata, laporan dibuat di Balai Polis Lojing, Gua Musang dan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan secara bersepadu membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Disiarkan pada: July 9, 2017 @ 11:26am
d