mutakhir

5 kenderaan hangus [METROTV]

Oleh Mohd Rizal Abdullah

LORI minyak dan empat kenderaan lain terbakar di Jalan Kidurong berhampiran Pusat Perubatan Bintulu, hari ini.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, lori muatan minyak berkenaan dikatakan terbalik lalu terbakar dan mengenai empat kenderaan lain.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.53 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kerja pemadaman masih dilakukan dan mangsa yang terlibat masih belum diperolehi," katanya.

Harian Metro difahamkan, setakat ini, seorang lelaki ditemui dibawah sebuah kenderaan, bagaimanapun, status mangsa belum dapat dipastikan.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 2:09pm
d