mutakhir

50 bebas [METROTV]

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

MAHKAMAH Majistret Butterworth membebaskan 50 suspek ahli sindiket Macau Scam selepas tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.

Pendaftar Mahkamah Foon Char Peng menolak permohonan lanjutan reman yang dikemukakan polis terhadap semua suspek dan membenarkan mereka dibebaskan.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan mereka direman selama 10 hari bermula 1 Julai lalu, bagi membantu siasatan.

Terdahulu, 50 suspek termasuk tiga wanita berumur antara 17 hingga 42 tahun dibawa ke mahkamah dengan menggunakan dua trak polis, kira-kira jam 2.45 petang.

Semua suspek diwakili peguam Y Anbananthan, Izzat Al-Faris Md Zailan dan Mohd Amirul Ramli.

Difahamkan, mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dibebaskan pada tengah malam ini, sejurus tempoh reman mereka tamat.

Pada 1 Julai lalu, polis Pulau Pinang menahan 50 suspek berkenaan kerana didakwa menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan anggota polis, melalui 82 kes penipuan membabitkan kerugian RM2.74 juta.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 7:28pm
d