mutakhir

Azman ganti Kamarul

Oleh Mohd Sabran Md Sani

BEKAS Ketua Polis Daerah Muar, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor baru berkuatkuasa hari ini.

Azman mengambil alih jawatan daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan/Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd di IPK Johor, hari ini.

Kedua-dua mereka antara 46 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan berkuatkuasa bulan depan.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 11:43am
d