mutakhir

Pemandu forklift meninggal dunia terjatuh elak lubang

Oleh Siraj Mohd Zaini

SEORANG penunggang motosikal meninggal dunia akibat cedera selepas terbabas ketika mengelak lubang di tengah jalan di Jalan Perigi Nenas 8/7, Pelabuhan Barat, Klang di sini, jam 2.50 pagi tadi.

Amir Ramli, 31, bekerja sebagai pemandu jentera forklift dan ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Pinang, Pulau Indah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mangsa menunggang Honda Wave dan setibanya di lokasi, dia yang menunggang bersendirian terbabas kerana cuba mengelak lubang.

“Keadaan jalan yang sedikit berbatu dan berpasir menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia.

“Siasatan mendapati, laluan berkenaan dalam proses pembaikan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 4:34pm
d