mutakhir

Suami pula direman

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SUAMI kepada penolong pegawai pertanian di Seremban direman tujuh hari bermula hari ini, selepas dipercayai bersubahat dengan isterinya bagi menyelenggara projek pertanian bernilai RM30,000.

Lelaki berusia 31 tahun terbabit direman sehingga 18 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Rahimah Rahim di Mahkamah Khas Reman Seremban selepas permohonan dibuat SPRM, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM di Seremban, bagi memberi keterangan, 4.13 petang semalam.

Suspek disyaki bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek menyelenggara sistem pengairan herba bernilai RM10,100 dan projek menyelenggara nurseri herba bernilai RM19,900.

Sementara itu, isteri suspek berusia 34 tahun yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes sama pada Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan tanpa cagaran RM5,000, semalam.

Disiarkan pada: July 12, 2017 @ 1:50pm
d