mutakhir

Siasat dakwaan pelayan dicabul

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

POLIS Pulau Pinang akan menyiasat dakwaan bekas ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) mencabul pelayan wanita pusat hiburan di Lebuh Pantai, Georgetown Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lelaki dan wanita berusia 26 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), hari ini untuk memberikan kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.

Ketika kejadian, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk membawa mangsa ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksanya melakukan seks oral.

Wanita itu dilaporkan menolak pemintaan suspek dan sebelum suspek dilaporkan menanggalkan seluarnya dan dipercayai melakukan onani.

Suspek dipercayai menawarkan wang RM500 kepada mangsa sebagai bayaran untuk bermalam dengannya.

Disiarkan pada: July 13, 2017 @ 3:01pm
d