mutakhir

Maut mahu elak banjir kilat

Oleh Hadzlihady Hassan

MAYAT lelaki yang terjatuh ke dalam longkang besar di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang, ditemui pada 2.10 petang, hari ini.

Mayat Lim Kean Chuan, 59, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi dia terjatuh dalam longkang besar berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang sedang memandu terperangkap dalam banjir kilat dan keluar meninggalkan keretanya, kira-kira 10.30 pagi, hari ini.

Dia berjalan ke tempat lebih tinggi namun terjatuh ke dalam longkang berkenaan kerana banjir menutup longkang terbabit.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak tahu ada longkang besar di kawasan itu.

“Kita menemui kereta mangsa berhampiran lokasi kejadian dan ia disahkan ahli keluarganya," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 4:27pm
d