mutakhir

Tol LPT1 juga transaksi elektronik

Oleh Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

SEMBILAN plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 akan melaksanakan kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya bermula jam 12 tengah hari, 14 Ogos ini.

Plaza tol terbabit ialah Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor di Terengganu

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, menerusi sistem berkenaan, pengguna LPT perlu menggunakan kad Touch n Go atau SmartTag bagi transaksi bayaran.

Katanya, pengendali LPT, ANIH Berhad mengadakan pelbagai kempen berterusan bagi memastikan pengguna di LPT 1 sedia maklum dengan sistem berkenaan.

"Bagi melancarkan operasi di plaza tol berkenaan, ANIH Berhad akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan ditempatkan di lorong bagi membantu pengguna.

"ANIH Berhad turut menyediakan kaunter penjualan kad Touch n Go dan khidmat tambah nilai di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Karak, Temerloh dan Kuantan bagi pengguna lebuh raya yang kali pertama melalui LPT 1," katanya pada sidang media selepas MajlIs Pelancaran Pelaksanaan Kutipan Tol secara Elektronik bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1 dan 2) di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh (Timur), hari ini.

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 6:05pm
d