mutakhir

MPT akan bina gerai sementara

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

MAJLIS Perbandaraan Tawau (MPT) akan membina gerai sementara untuk lebih 60 peniaga Pasar Gantung Tawau yang terjejas akibat kebakaran pasar berkenaan hari ini.

Presidennya, Alijus Sipil berkata, gerai itu akan dibina di atas tanah milik persendirian dan MPT agar peniaga yang terbabit dapat meneruskan perniagaan mereka.

Beliau menasihatkan peniaga lain yang tidak terjejas dalam kebakaran itu supaya tidak memulakan perniagaan buat sementara waktu sehingga MPT selesai membuat pemeriksaan.

"Langkah itu bagi membolehkan pemeriksaan menyeluruh dilakukan di pasar terbabit, termasuk meneliti sistem pendawaian kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan litar pintas.

“Pemeriksaan keselamatan dan kerja pembaikan akan dilaksanakan MPT secepat mungkin," katanya.

Dalam kejadian 4.45 pagi, hari ini, lebih 60 lot niaga di pasar berkenaan musnah dengan kebanyakan gerai yang terbakar menjual cenderamata, kraftangan dan pakaian.

Api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 premis perniagaan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar, namun tiada mangsa cedera.

1. ALIJUS meninjau lokasi kebakaran di Pasar Gantung, bandar Tawau.

Disiarkan pada: July 14, 2017 @ 7:08pm
d