mutakhir

Maut dengan kesan tetakan

Oleh Norizuan Shamsuddin

LELAKI warga Indonesia maut dengan kesan tetakan di kepala, badan dan tangan di sebuah tapak pembinaan di Wangsa Maju, di sini, jam 10.50 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian.

Katanya, siasatan dilakukan anggota mendapati mangsa berusia 41 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa ditetak dengan menggunakan senjata pada bahagian kepala, badan dan tangan kanan.

"Siasatan dilakukan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mendapati terdapat dua kesan tetakan pada bahagian belakang kepala, dua kesan tetakan pada belakang badan dan satu tetakan pada bahagian pegelangan tangan kanan mangsa.

"Mayat di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: July 15, 2017 @ 1:14pm
d