mutakhir

88 kes tangkap ular di Langkawi

Oleh Hamzah Osman

ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) daerah Langkawi menerima 88 panggilan kes tangkapan ular pelbagai spesies sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah APM negeri, Lt Kol Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, Februari mencatatkan kes tangkapan ular tertinggi iaitu 19 kes dan kebanyakannya ular sawa dan senduk.

Katanya, Januari mencatatkan 11 kes, Mac (12), April (18) diikuti Mei dan Jun masing-masing 16 dan 12 kes.

"Ular yang ditangkap itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri APM daerah Langkawi di pekarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Pegawai APM Daerah Langkawi, Lt Nalzatul Ashikin Nordin.

Mohd Zul Khairi berkata, dalam tempoh sama, APM daerah Langkawi turut menerima 69 panggilan kecemasan lain termasuk menebang pokok, kejadian banjir dan ribut.

Disiarkan pada: July 16, 2017 @ 11:14am
d