mutakhir

Pegawai polis tiba-tiba rebah

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bermesyuarat di pejabatnya, jam 10.15 pagi hari ini.

Asisten Superintendan Mohd Hamzah Selvaraja Abdullah, 57 dari Bentong Pahang, dikatakan tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham yang sudah berkhidmat 36 tahun meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia 6 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, pegawai terbabit dikatakan tiba-tiba rebah sebelum disedari beberapa anggota lain

"Mohd Hamzah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian Allahyarham sempat menjayakan latihan jasmani di IPD itu pada jam 7.45 pagi dan tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat.

"Arwah adalah seorang pegawai polis yang berdisiplin serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya selain disenangi rakan sekerja," katanya.

#kw meninggal dunia, serangan jantung

#loc 5.7679329999999993, 102.2153872

Tamat

Disiarkan pada: July 16, 2017 @ 6:27pm
d