mutakhir

Bapa rentung, anak cedera

Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli

LELAKI rentung manakala anaknya melecur di kaki selepas pondok didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Seladan, Bongawan, Papar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Awang Ismail Pangeran Sarifudin, 80, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Awang Mumin, 56, kini dirawat di Hospital Papar.

Difahamkan, dua beranak itu tinggal di pondok berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama di kampung terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dunstan Peter berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk pada 8.29 malam.

“Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota BBP Papar dikejar ke lokasi kejadian namun sebaik tiba, pondok berkenaan sudah musnah.

“Pemeriksaan menemui satu mayat rentung dan seorang mangsa, dipercayai anak si mati. melecur di kaki," katanya ketika dihubungi malam ini.

Dunstan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: July 16, 2017 @ 11:39pm
d