mutakhir

Rentung di dapur [METROTV]

Oleh Norasikin Daineh

LELAKI rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Pedawan, Papar, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa Mark Jamaing, 36, ditemui dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar, Dunstan Peter berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.31 pagi dan lapan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah terbakar 80 peratus dan sebaik anggota bomba tiba terdapat seorang lelaki ditemui rentung di bahagian dapur.

“Turut terbakar kenderaan pacuan empatroda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dunstan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kerja memadam sepenuhnya kebakaran masih dilakukan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: July 17, 2017 @ 8:07am
d