mutakhir

Korporat disyor anjur dialog TN50

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Sektor swasta, korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digalak menganjurkan sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memastikan aspirasi disuarakan mewakili semua peringkat masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembabitan sektor berkenaan amat penting terutama dalam mendapatkan idea serta pandangan bernas bagi menjayakan misi TN50.

“Setakat ini, kebanyakan sesi dialog TN50 dianjurkan kerajaan namun kita memerlukan sokongan dan usaha yang dijalankan sektor swasta, korporat dan NGO.

“Ini memastikan pandangan dan aspirasi dikumpul menerusi dialog TN50 mewakili semua segmen masyarakat.

“Program ini juga perlu diperbanyakkan dan saya berharap syarikat besar, sederhana dan kecil bersama-sama menganjurkan dialog TN50 kerana kita memperoleh perspektif dari luar perbincangan yang biasanya berlaku dalam kerajaan saja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Dialog TN50X: Profesional Muda PETRONAS Merencana Masa Depan, di sini, semalam.

Disiarkan pada: July 18, 2017 @ 5:23am
d