mutakhir

Gaduh sampai mati

Oleh Hamzah Osman

LELAKI warga Indonesia, 38, ditemui mati selepas dipercayai bergaduh dengan rakan senegaranya di kediaman mereka di Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, Langkawi, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Bee Anak Amba, berkata, mayat lelaki yang belum dikenali itu ditemui mati di atas sofa dalam rumah terbabit pada jam 6.15 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dan rakannya disyaki bergaduh dan mereka tinggal berdua di rumah batu setingkat itu sejak Februari lalu.

"Kedua-duanya bekerja sebagai jurujual ayam di Pasar Awam di Kampung Kelibang di sini, dan rumah jiran terdekat berada pada jarak 25 meter dari tempat kejadian" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bee berkata, mayat mangsa dan rakannya yang turut cedera dalam kejadian itu di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

Disiarkan pada: July 18, 2017 @ 11:41pm
d